Posted by Koperasi SM Sains Kepala Batas Berhad | Posted in Uncategorized | Posted on 04-04-2012
0
Pada 4 April 2012 jam 3.00 di Pusat Sumber SMSKB berlansung Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi kali ke-2 yang dihadiri pelajar ting 4 dan Ahli Lembaga Koperasi 2012. Mesyuarat bermula dengan Ucapan Amanat Pengetua ini berjalan lancar dengan beberapa agenda dilengkapkan seperti pembentangan laporan kewangan 2009/2010 dan cadangan aktiviti tahunan.
Posted by Koperasi SM Sains Kepala Batas Berhad | Posted in Uncategorized | Posted on 01-11-2011
0
Untuk makluman semua,pihak koperasi SMS Kepala Batas telah menjual keychain yang terdiri daripada pelbagai warna dan bentuk yang menarik yang melambangkan sekolah.Keychain ini sesuai dijadikan cenderamata ataupun sebagai kenangan daripada sekolah ini.Keychain ini boleh didapatkan di Koperasi Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.
Posted by Koperasi SM Sains Kepala Batas Berhad | Posted in Uncategorized | Posted on 01-11-2011
0
Makluman kepada setiap pelajar bahawa pada sesi persekolahan 2012,pihak sekolah telah menetapkan setiap pelajar perlu membeli selipar sekolah yang mengikut warna rumah.Selipar tersebut dibenarkan pakai pada waktu prep.Oleh itu,pihak sekolah mengarahkan koperasi untuk menjual selipar tersebut.Selipar tersebut akan dijual pada harga RM 23.00.Saiz kasut pelajar akan diambil pada 1 hingga 3 November.Bayaran wajib dijelaskan pada 9 dan 10 November 2011.Gambar selipar tersebut akan di’upload’ kemudian.
Posted by Koperasi SM Sains Kepala Batas Berhad | Posted in Uncategorized | Posted on 01-11-2011
0
Makluman untuk semua pelajar untuk membayar set buku bagi sesi persekolahan 2012 sebanyak RM 20.00.Bayaran tersebut hendaklah diserahkan kepada guru kelas.
Posted by Koperasi SM Sains Kepala Batas Berhad | Posted in Uncategorized | Posted on 01-11-2011
0
Sila jelaskan bayaran suratkhabar dari bulan Julai hingga November sebanyak RM 60.00.
Posted by Koperasi SM Sains Kepala Batas Berhad | Posted in Uncategorized | Posted on 15-01-2011
0
Pada Januari 2011 tepat jam petang 3 petang, Koperasi Sekolah Menengah Sains Kepala Batas telah mengadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Kali Pertama bagi Tahun 2011. Seramai kira-kira 20 orang guru dan pelajar telah hadir ke mesyuarat ini. Mesyuarat yang julung kali diadakan pada tahun ini telah dipengerusikan oleh Puan Hajah Jamaah binti Haji Taman dan dibantu oleh Encik Harris Ganae bin Nainar. Turut hadir bersama ialah Pengurus Koperasi, Encik Mohd Najib bin Mahmud dan Setiausaha Koperasi SMSKB, Puan Asmerynee binti Abdullah serta Bendahari Koperasi SMSKB iaitu Puan Ng Ai Ging. Pengerusi ALK Koperasi SMSKB dan timbalan pengerusinya, Mohd Salehuddin Mohd Azranyi dan Asraf Hanafi bin Mohd Hairudin turut hadir bersama.
Mesyuarat dimulakan dengan pencadangan dan pengesahan minit mesyurat yang lalu yang telah dipersetujui oleh Mohd Salehuddin Mohd Azranyi dan disokong oleh Zulhusni bin Zambri. Para guru dan pelajar masing-masing ghairah dan teruja memberikan cadangan untuk memajukan Koperasi SMSKB.
Pada akhir majlis, pengerusi mesyuarat berharap agar para ALK guru dan ALK pelajar dapat berganding bahu bersama-sama dan memberikan kerjasama yang baik serta komitmen kepada Koperasi SMSKB.
Posted by Koperasi SM Sains Kepala Batas Berhad | Posted in Uncategorized | Posted on 15-01-2011
0
Pada 5 Januari 2011, Sekolah Menengah Sains Kepala Batas telah menerima seramai kira-kira 150 orang pelajar Tingkatan 1 bagi sesi 2011. Persediaan telah dilakukan dengan teliti sejak 3 Januari 2011. Seramai 20 orang ahli-ahli koperasi dan guru-guru koperasi serta ahli lembaga pengarah koperasi telah terlibat dalam menyusun dan mengemaskini barangan yang menjadi keperluan para pelajar Tingkatan 1 sesi 2011. Pada petang 4 Januari 2011, para ahli -ahli koperasi telah mengeluarkan barang-barang yang akan dijual pada hari pendaftaran dan pada malam yang sama kesemua ahli-ahli koperasi serta ahli lembaga pengarah koperasi dan guru-guru koperasi telah menyusun dan membungkus barangan keperluan tersebut. Pada hari pendaftaran pula seramai kira-kira 40 orang ahli-ahli koperasi dan guru-guru koperasi serta ahli lembaga pengarah koperasi telah terlibat dalam sesi pendaftaran Tingkatan 1 sesi 2011.
Kami berharap semua adik-adik Tingkatan 1 dapat bejajar menyesuaikan diri dengan baik sekaligus mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan serta dapat menaikkan nama sekolah di persada dunia.
Posted by Koperasi SM Sains Kepala Batas Berhad | Posted in Uncategorized | Posted on 05-01-2011
2
Pada 2 November hingga 4 November 2010 semua ahli lembaga koperasi telah mengikuti Program Generasi Terbilang di Kem Bina Negara Balik Pulau. Semua ahli lembaga koperasi iaitu seramai 13 orang telah mengikuti kem tersebut. Program ini telah mengajar semua ahli lembaga koperasi supaya lebih berdisiplin dan melatih sifat kepimpinan yang cuba ditonjolkan oleh jurulatih dan fasilitator. Selain itu, ahli lembaga koperasi telah dilatih supaya dapat menyemaikan semangat cintakan negara dalam kalangan pelajar di sekolah. Kem ini telah berjaya melahirkan ahli lembaga koperasi yang lebih berdisiplin, berkaliber dan berwibawa dalam menjalankan tugas. Harapan kami ialah agar kem kepimpinan seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan.
Posted by Koperasi SM Sains Kepala Batas Berhad | Posted in Uncategorized | Posted on 28-10-2010
0
Koperasi Sekolah Menengah Sains Kepala Batas telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada 2009. Kini, koperasi SMSKB menawarkan perkhidmatan jualan barangan seperti alat tulis, snek ringan, minuman kotak serta botol dan roti. Selain itu, Koperasi SMSKB juga menawarkan perkhidmatan fotostat dan binding folio. Untuk makluman para pembaca, Koperasi SMSKB juga akan menyediakan perkhidmatan pencetakan dokumen menggunakan komputer bagi memudahkan para pelajar dan guru di SMSKB dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka.

Posted by Koperasi SM Sains Kepala Batas Berhad | Posted in Uncategorized | Posted on 21-10-2010
0
Syukur alhamdulillah nampaknya koperasi telah berjaya berubah dalam semua bidang dari semua aspek termasuklah susun atur carta organisasi koperasi itu sendiri. Perlantikan Ahli Lembaga Koperasi Sekolah Menengah Sains Kepala Batas sesi 2010/11 telah berjalan dengan lancarnya pada 30 September 2010. Berikut ialah carta organisasi yang baru bagi sesi 2010/11
Pengerusi Koperasi : Mohd Salehuddin
Naib Pengerusi 1 : Munirah Najwa
Naib Pengerusi 2 : Asraf Hanafi
Setiausaha : Nadhirah
Bendahari : Muhammad Zulhusni
Penolong Bendahari : Nur Haniza
Juruaudit 1 : Mohamad Nor Hakkim
Juruaudit 2 : Husnina Murfiqah
Adalah diharapkan bahawa kesemua ALK yang dinyatakan di atas akan memberikan komitmen yang kukuh dalam menjana transfromasi dan kemajuan terhadap koperasi SMSKB yang diharapkan akan menjadi sebuah koperasi yang terbaik dalam SBP di Malaysia. Di samping itu, koperasi juga sedang membina gelanggang petanque hasil titik peluh guru – guru yang membinanya. Diharapkan Koperasi Sekolah Menengah Sains Kepala Batas akan lebih maju dan dikenali ramai.